Perasmian Penamas Negeri Pulau Pinang

Untuk makluman semua. Majlis perasmian, penganugerahan sandang serta penyerahan watikah untuk ahli-ahli kehormat dan AJK Penamas peringkat negeri Pulau Pinang akan dilangsungkan pada bulan Disember 2018. Perancangan dan penyusunan aturcara majlis sedang dilakukan oleh Penamas pusat bersama-sama dengan Penamas cawangan Pulau Pinang. Pihak Penamas telah bersetuju majlis berkenaan diadakan pada:

HARI: Sabtu
TARIKH: 29hb Disember 2018
MASA: 9 malam
TEMPAT: Flat 100 Ampang Jajar Permatang Pauh, Pulau Pinang

Insya-Allah. Kepada semua ahli yang akan melibatkan diri dengan majlis tersebut, diharap dapat memberi kerjasama dan sokongan demi memertabatkan kesenian dan kebudayaan warisan bangsa yang tak luput dek panas dan tak lekang dek hujan.

Jika terdapat sebarang perubahan pada tarikh dan waktu majlis yang telah ditetapkan, pihak pengurusan Penamas akan membuat makluman melalui aplikasi whatsapp dan laman web rasmi Penamas.

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA.